PEO/PLO

Posted in AKADEMIK

Programme Learning Outcomes – PLO

 

Pada akhir program (Sijil Teknologi Kejuruteraan), graduan seharusnya berupaya:

 

PLO 1 :    Pengetahuan.

Mengaplikasi pengetahuan asas matematik, sains dan kejuruteraan kepada prosedur dan amalan rutin dalam bidang Elektrik (Dom & Ind.), Penyamanan Udara & Penyejukan, Elektronik (Komunikasi), Mekatronik, Automotif, Automotif Elektronik dan Maritim.

 

PLO 2 –   Kemahiran Praktikal.

Mengaplikasi teknik, sumber dan perkakasan kejuruteraan yang sesuai kepada aktiviti Elektrik (Dom & Ind.), Penyamanan Udara & Penyejukan, Elektronik (Komunikasi), Mekatronik, Automotif, Automotif Elektronik dan Maritim yang ditakrif dengan jelas.

 

PLO 3 :    Kemahiran Dan Tanggungjawab Sosial.

Menunjukkan kesedaran terhadap isu berkaitan dengan kemasyarakatan, kesihatan, keselamatan, perundangan dan kebudayaan serta tanggungjawab yang berkaitan.

 

PLO 4 :    Nilai, Sikap Dan Profesionalisma.

Menunjukkan pemahaman tentang etika dan tanggungjawab amalan kejuruteraan.

 

PLO 5 :    Kemahiran Komunikasi.

Berkomunikasi secara bertulis dan lisan.

 

PLO 6 :    Kemahiran Kepimpinan Dan Berpasukan.

Menunjukkan kualiti kepimpinan serta mampu bekerja samada secara individu dan/atau berkumpulan.

 

PLO 7 :    Kemahiran Penyelesaian Masalah Dan Saintifik.

Mengenalpasti dan menyelesai masalah Elektrik (Dom & Ind.), Penyamanan Udara & Penyejukan, Elektronik (Komunikasi), Mekatronik, Automotif, Automotif Elektronik dan Maritim dan berkaitan.

 

PLO 8 :    Kemahiran Pengurusan Maklumat Dan Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Mengiktiraf keperluan dan mampu melibatkan diri dengan pembelajaran kendiri dan sepanjang hayat.

 

PLO 9 :    Kemahiran Mengurus Dan Keusahawanan.

Memperolehi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengurusan dan keusahawanan.

 

Programme Educational Objectives - PEO

PEO 1 :  Graduan yang berpengetahuan serta berkemahiran teknikal yang cukup bagi melaksanakan tugasan.

              

PEO 2 :   Graduan yang mempunyai kemahiran asas komunikasi dan penyelesaian masalah.

              

PEO 3 :   Graduan yang bersikap positif dan beretika, mampu bekerja secara individu atau berkumpulan untuk memenuhi tanggungjawab mereka terhadap budaya kerja dan masyarakat.

             

PEO 4 :  Graduan yang boleh mencadangkan rancangan perniagaan.

         

PEO 5 :  Graduan yang memiliki keperluan pra-syarat yang telah ditetapkan untuk melanjutkan pelajaran.