Kokurikulum / Aktiviti

Posted in AKADEMIK

 

 Pelajar Semester Julai-Disember 2016

 

 


Jamuan Pelajar Semester Akhir Sesi Julai-Disember 2016

 

Aktiviti 2015

 

PEO/PLO

Posted in AKADEMIK

Programme Learning Outcomes – PLO

 

Pada akhir program (Sijil Teknologi Kejuruteraan), graduan seharusnya berupaya:

 

PLO 1 :    Pengetahuan.

Mengaplikasi pengetahuan asas matematik, sains dan kejuruteraan kepada prosedur dan amalan rutin dalam bidang Elektrik (Dom & Ind.), Penyamanan Udara & Penyejukan, Elektronik (Komunikasi), Mekatronik, Automotif, Automotif Elektronik dan Maritim.

 

PLO 2 –   Kemahiran Praktikal.

Mengaplikasi teknik, sumber dan perkakasan kejuruteraan yang sesuai kepada aktiviti Elektrik (Dom & Ind.), Penyamanan Udara & Penyejukan, Elektronik (Komunikasi), Mekatronik, Automotif, Automotif Elektronik dan Maritim yang ditakrif dengan jelas.

 

PLO 3 :    Kemahiran Dan Tanggungjawab Sosial.

Menunjukkan kesedaran terhadap isu berkaitan dengan kemasyarakatan, kesihatan, keselamatan, perundangan dan kebudayaan serta tanggungjawab yang berkaitan.

 

PLO 4 :    Nilai, Sikap Dan Profesionalisma.

Menunjukkan pemahaman tentang etika dan tanggungjawab amalan kejuruteraan.

 

PLO 5 :    Kemahiran Komunikasi.

Berkomunikasi secara bertulis dan lisan.

 

PLO 6 :    Kemahiran Kepimpinan Dan Berpasukan.

Menunjukkan kualiti kepimpinan serta mampu bekerja samada secara individu dan/atau berkumpulan.

 

PLO 7 :    Kemahiran Penyelesaian Masalah Dan Saintifik.

Mengenalpasti dan menyelesai masalah Elektrik (Dom & Ind.), Penyamanan Udara & Penyejukan, Elektronik (Komunikasi), Mekatronik, Automotif, Automotif Elektronik dan Maritim dan berkaitan.

 

PLO 8 :    Kemahiran Pengurusan Maklumat Dan Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Mengiktiraf keperluan dan mampu melibatkan diri dengan pembelajaran kendiri dan sepanjang hayat.

 

PLO 9 :    Kemahiran Mengurus Dan Keusahawanan.

Memperolehi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengurusan dan keusahawanan.

 

Programme Educational Objectives - PEO

PEO 1 :  Graduan yang berpengetahuan serta berkemahiran teknikal yang cukup bagi melaksanakan tugasan.

              

PEO 2 :   Graduan yang mempunyai kemahiran asas komunikasi dan penyelesaian masalah.

              

PEO 3 :   Graduan yang bersikap positif dan beretika, mampu bekerja secara individu atau berkumpulan untuk memenuhi tanggungjawab mereka terhadap budaya kerja dan masyarakat.

             

PEO 4 :  Graduan yang boleh mencadangkan rancangan perniagaan.

         

PEO 5 :  Graduan yang memiliki keperluan pra-syarat yang telah ditetapkan untuk melanjutkan pelajaran.

Program

Posted in AKADEMIK

PROGRAM YANG DITAWARKAN

Setakat ini IKM Johor Bahru, telah menawarkan dua (2) pogram Diploma dan sebelas (11) program Sijil. Program-program yang ditawarkan adalah seperti berikut:-

i.              Diploma Teknologi Kejuruteraan Gas

ii.             Diploma Teknologi Kejuruteraan Penyaman Udara Dan Penyejukan

iii.            Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Instrumen)

iv.            Sijil Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)

v.             Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekatronik

vi.            Sijil Tekonlogi Kejuruteraan Maritim

vii.           Sijil Teknologi Elektrik (Kuasa)

viii.          Sijil Teknologi Elektrik (Domestik & Industri)

ix.            Sijil Teknologi Kimpalan

x.             Sijil Teknologi Elektro Penyaduran

xi.            Sijil Teknologi Kejuruteraan Pembuatan

xii.           Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanik Industri

xiii.          Sijil Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Lukisan & Rekabentuk)