Piagam Pelangan

Posted in KORPORAT

Institut Kemahiran MARA berusaha untuk memberi perkhidmatan yang cekap dan berkesan dengan tumpuan terhadap perkara-perkara berikut :-

 

  1. Menguruskan  pendaftaran  setiap pelajar baru dalam masa dua (2) jam.
  2. Memastikan dokumen pendaftaran pelajar yang lengkap diproses tidak melebihi tujuh (7) hari bagi tujuan permohonan elaun pelajar ke Bahagian Kewangan MARA.
  3. Menyerahkan slip keputusan peperiksaan pelajar dalam minggu pertama pada setiap semester berikutnya.
  4. Memastikan setiap pelanggan yang berurusan di kaunter akan dilayan dalam masa lima (5) minit.
  5. Menjawab setiap panggilan telefon dalam masa tiga (3) deringan.
  6. Membuat pembayaran kepada pembekal dalam jangkamasa empat belas (14) hari  bermula dari tarikh penerimaan inbois .