MARA Ecosystem Quality Standard

INSTITUT KEMAHIRAN MARA JOHOR BAHRU

MARA Ecosystem Quality Standard

Info MQS

PENGENALAN

Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) melalui surat bertarikh 24 Februari 2017, telah bersetuju membenarkan penggunaan MARA Ecosystem Quality Standard (MQS) di semua Pusat Pentadbiran MARA. MARA Ecosystem Quality Standard (MQS) merupakan satu inisiatif baru dalam memastikan budaya ini diamalkan di setiap Pusat Pentadbiran MARA seiring dengan penerapan Do-It-Yourself (DIY) dalam pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA). Pendekatan MQS memfokuskan kepada tiga (3) elemen utama, iaitu Budaya Korporat, Persekitaran Kondusif serta Kreatif & Inovasi. Elemen-elemen tersebut dilaksanakan melalui komponen-komponen tersendiri yang berasaskan aspek penilaian Pengurusan Risiko. Antara komponen yang dinilai ialah Maklumat Korporat, Dokumentasi Organisasi, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan serta Keselamatan Perlindungan. Elemen Kreatif & Inovasi pula menitikberatkan pembudayaan, galakan/ sokongan dan impak perkara ini ke atas semua Pusat Pentadbiran MARA. Elemen dan komponen yang telah dikenalpasti adalah mengutamakan pengurusan persekitaran kerja kondusif supaya sentiasa berada dalam keadaan yang selamat dan selesa. Seterusnya mampu meningkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan dalam kalangan warga kerja MARA di pusat dan prestasi MARA keseluruhannya.


LOGO MQS

PELAKSANAAN

Kelayakan Pensijilan MQS

  • Semua Pusat Pentadbiran MARA adalah dikehendaki melaksanakan Pensijilan MQS. Permohonan untuk mendapat pensijilan baharu MQS atau pembaharuan Sijil MQS hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Induk MQS yang akan diproses dalam tempoh dua (2) bulan.

Pengurusan Pensijilan MQS

  • Bahagian Pengurusan Risiko Dan Inspektorat MARA dilantik sebagai Urus Setia untuk menguruskan Pensijilan MQS melalui Jawatankuasa Induk MQS.
  • Pusat Pentadbiran MARA dikehendaki mewujudkan Jawatankuasa Pelaksana MQS yang terdiri daripada:-
  • Jawatankuasa Pelaksana
  • Jawatankuasa Audit
  • Jawatankuasa Latihan
  • Jawatankuasa Promosi


Penilaian Kendiri Di Pusat

Pusat Pentadbiran MARA dikehendaki melaksanakan proses penilaian kendiri berdasarkan Senarai Semak MQS. Senarai Semak MQS adalah berbeza mengikut pusat seperti berikut:-
  • Ibu Pejabat MARA
  • Pejabat MARA Negeri (PMN) / Pejabat MARA Daerah (PMD)
  • Institut Pendidikan MARA (IPMa)

Permohonan Pensijilan MARA Ecosystem Quality Standard (MQS)
  • Tatacara permohonan Pensijilan MQS adalah sepertimana Carta Alir Pelaksanaan Pensijilan MQS.
  • Pusat Pentadbiran MARA dikehendaki membuat permohonan kepada Urus Setia Jawatankuasa Induk MQS untuk mendapatkan Pensijilan MQS menggunakan Borang MQS 01
  • Pelantikan Pegawai MQS
  • Pegawai MQS adalah pegawai yang dilantik dalam kalangan Pegawai MARA yang berpengalaman dalam pengauditan.
  • Pegawai MQS yang telah dikenalpasti kepakarannya dikehendaki menghadiri kursus tentang pelaksanaan dan Pensijilan MQS sebagai pendedahan tentang MQS dan kaedah membuat audit MQS di semua Pusat Pentadbiran MARA.
  • Pegawai MQS bertanggungjawab untuk membuat verifikasi markah-markah penilaian kendiri yang dilaksanakan oleh pusat. Pegawai MQS dikehendaki menyediakan laporan analisis untuk dikemukakan kepada Urus Setia Jawatankuasa Induk MQS seterusnya membentang laporan dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk MQS.
Lawatan Verifikasi
  • Lawatan verifikasi oleh Pegawai MQS akan dilaksanakan mengikut jadual yang akan diselaraskan oleh Urus Setia Jawatankuasa Induk MQS. Laporan analisis yang lengkap berdasarkan lawatan verifikasi akan diperolehi daripada Pegawai MQS untuk proses Pensijilan MQS.
Laporan Analisis
  • Laporan analisis yang lengkap untuk Pensijilan MQS iatu sama ada lulus atau lulus bersyarat disediakan untuk dibentang dan diperakukan oleh Jawatankuasa Induk MQS.

Info MQS


Sijil MQS yang ditandatangani oleh Ketua Pengarah MARA akan dikeluarkan kepada pusat yang layak untuk mendapat Pensijilan MQS. Tempoh sah laku Pensijilan MQS adalah selama dua (2) tahun. Pusat Pentadbiran MARA hendaklah mendapatkan pensijilan MQS sebagai memenuhi arahan pihak Pengurusan MARA. Bagi tujuan pensijilan MQS, TIADA sebarang bayaran dikenakan terhadap Pusat Pentadbiran MARA yang terlibat.

PENSIJILAN

Sijil MQS akan dikeluarkan kepada Pusat Pentadbiran MARA yang melepasi tahap penilaian yang telah ditetapkan, sebagaimana berikut:-
i. Markah 85% ke atas - Pensijilan MQS
ii. Markah 80 - 84% - Lulus Bersyarat.
Sijil MQS akan dikeluarkan setelah semua penambahbaikan dilaksanakan berdasarkan teguran oleh Pegawai MQS semasa lawatan verifikasi dan telah mendapat pengesahan daripada Jawatankuasa Induk MQS dengan laporan bergambar.
iii. Markah 79% ke bawah - Tidak layak pensijilan
Tempoh sah laku sijil MQS adalah selama dua (2) tahun dari tarikh diperakui oleh Jawatankuasa Induk MQS.

CARTA ORGANISASI MQS IKMJB 2018

UNIT LATIHAN

Kuasa & Bidang Tugas Unit Latihan
Menyediakan pelan latihan bagi memupuk kefahaman kepada semua warga kerja.
Merancang dan mengenalpasti latihan yang diperlukan oleh warga kerja.
Membuat perancangan belanjawan bagi menjalankan aktiviti yang telah ditetapkan.
Memastikan semua warga kerja diberi peluang mengikuti latihan dan mendapat pengetahuan mengenai MQS.
Menyelaras dan memastikan latihan pengukuhan sentiasa dilaksanakan daripada semasa ke semasa.






UNIT PROMOSI

Bidang & Kuasa Tugas Unit Promosi
Merangka dan menyediakan pelan aktiviti promosi.
Mengurus dan melaksanakan program/aktiviti yang sesuai bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga kerja.
Menyimpan dan menyelenggara rekod, surat-menyurat, dokumen, hebahan dan bahan komunikasi.
Menyediakan laporan status pencapaian berkenaan aktiviti Jawatankuasa Promosi ke
Jawatankuasa Pelaksana MQS.

http://johorbahru.ikm.edu.my/images/2018/MQSIKMJB/1.PNG 
http://johorbahru.ikm.edu.my/images/2018/MQSIKMJB/1.PNG

GALAKAN, PENGHARGAAN DAN PENGIKTIRAFAN

PERSEKITRAAN KONDUSIF (KKP)

KESELAMATAN UMUM

PERSEKITRAAN KONDUSIF (KKP)

Budaya kerja yang dinamik berasaskan kreativiti dan inovasi terutamanya teknologi hijau yang membawa kepada penjimatan terhadap organisasi

  • Pembudayaan Kreativiti dan Inovasi
  • Amalan Baik (Best Practice)
  • Program Penjimatan Sumber
  • Program Kitar Semula
  • Amalan Teknologi Hijau
  • Inovasi Dalam Pengurusan
  • Peningkatan Produktiviti




Hubungi Kami

INSTITUT KEMAHIRAN MARA JOHOR BAHRU
Jalan Taruka, Off Jalan Datin Halimah
80990 Johor Bahru, Johor Darul Takzim
Tel : 07 - 236 1129 Fax : 07 - 236 4289 Email : infoikm_jb@mara.gov.my
Paparan terbaik: Semua jenis pelayar yang terkini dengan paparan 1024x768. Hakcipta Terpelihara 2018 © IKMJB

Search