INFORMASI KORPORAT

LOGO INFORMASI  IKM

LOGOIKM

 

Logo melambangkan :

 

 

 

Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA Japan Industrial Institute (MJII) dan Institusi Kemahiran MARA (IKM) merupakan sebuah institusi TVET di bawah MARA yang terunggul di Malaysia. Entiti institusi TVET MARA ini terletak di bawah pemantauan dan seliaan Bahagian Kemahiran dan Teknikal (BKT) MARA.

       Sebagai sebuah institusi pendidikan TVET  yang berpengalaman melebihi 5 dekad, KKTM, MJII dan IKM telah memberi sumbangan yang besar kepada negara di dalam melahirkan modal insan berkompetensi berasaskan industri dan teknousahawan yang berjaya sejajar dengan keperluan industri negara. Ini sekaligus menjadikan institusi TVET ini sebagai identiti global yang amat disegani dan dikagumi.

      Penubuhan IKM adalah  untuk melahirkan modal insan yang seiring berasaskan industri serta teknousahawan yang berjaya sejajar dengan keperluan negara. Sejak tertubuhnya institusi pertama di Melaka pada tahun 1968, IKM telah berkembang dan kini mempunyai 13 buah kampus di seluruh negara, manakala program yang berfokus kepada teknologi tinggi yang dipacu oleh  Kolej Kemahiran Tinggi MARA yang kini berjumlah  11 buah. Daripada asalnya dikenali sebagai "sekolah tukang" ketika zaman RIDA iaitu pusat latihan yang melahirkan pekerja yang mahir dalam sesuatu bidang, pendidikan kemahiran MARA terus berevolusi dengan menawarkan latihan sejajar dengan tuntutan industri dan keperluan pembangunan ekonomi negara.

      Penglibatan MARA dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) adalah kesinambungan dari zaman RIDA di mana usaha MARA menubuhkan IKM pada penghujung era 60-an dan enam buah lagi dekad 70-an boleh disifatkan sebagai pencetus kepada wujudnya pendidikan teknikal berteraskan keperluan industri. Walau bagaimanapun, cabaran utama MARA pada ketika itu bukanlah sekadar kesukaran untuk membangunkan institusi pendidikan berteraskan kemahiran yang terawal semata-mata, tetapi lebih jauh dari itu adalah untuk mengubah paradigma belia Bumiputera pada dekad awal kemerdekaan.

 

 

 

Hubungi kami

Institut Kemahiran MARA Johor Bahru
Jalan Taruka, Off Jalan Datin Halimah,
80720 Johor Bahru, Johor.

Waktu Operasi:
8.00 pagi-5.00 petang 
Rehat:
1.00 petang  - 2.00 petang (Isnin-Khamis)
12.30 tengah hari - 2.30 petang (Jumaat)


Tutup:
Sabtu, Jumaat & Cuti Umum

  • Tel   +6 (07) 2370001

  • Email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Pelawat

© 2009-2025 by GPIUTMD

Pautan Pantas

Ikuti kami di

© Copyright IKMJB 2025. Design & Development by UNIT IT
IKMJB tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan atau kerugian berikutan penggunaan perkhidmatan di laman web ini. Semua maklumat yang dipaparkan adalah benar dan betul pada masa dan tarikh ia dimuat naik dan boleh berubah dari semasa ke semasa.

Search